Nasional
SPRM dapat lampu hijau dari PM untuk siasat menteri, pegawai terpalit isu rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri untuk menyiasat mana-mana menteri, pegawai kerajaan termasuk pegawai khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, sekiranya wujud elemen rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, Anwar sebagai seorang individu yang serius dalam membanteras elemen rasuah, pernah memberitahunya untuk tidak menunggu arahan beliau untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana mereka yang terpalit isu rasuah.
“Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.
“Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, Saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya hari ini. – SM