Sukan

SPRM anjur Kejohanan e-sukan FIFA 21 Challenge 2021

KEJOHANAN e-sukan SPRM FIFA 21 Challenge anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan berlangsung mulai 1 Julai hingga 17 Julai 2021 adalah pendekatan serampang dua mata dengan sepanjang perlawanan akan diselitkan mesej antirasuah serta penerangan berkaitan jenayah rasuah di negara ini.

Kejohanan ini menyasarkan peminat e-sukan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dengan tema Belia Menentang Rasuah atau Youth Against Corruption.

Pertandingan diadakan di platform maya yang mana ia membolehkan SPRM mendekati kumpulan sasar bagi menyampaikan mesej meskipun di waktu negara sedang berdepan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik.

Pada masa yang sama, SPRM FIFA 21 Challenge turut membuktikan bahawa SPRM memanfaatkan teknologi ketika penularan Covid-19 yang memberi kesan kepada program dan aktiviti pendidikan antirasuah yang dijalankan sebelum ini secara bersemuka, menurut pemberitahuan kenyataan media SPRM hari ini.

Katanya, Kejohanan SPRM FIFA 21 Challenge ini merupakan kesinambungan kepada program PUBG Mobile IChallenge yang pernah dianjurkan oleh SPRM sebelum ini dalam usaha mendekati Generasi Z atau kumpulan belia yang meminati e-sukan.

Related Articles

“Cabaran kejohanan yang akan berlangsung selama 17 hari secara atas talian ini dicetuskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan bertujuan menyebar luas mesej dan elemen antirasuah di kalangan belia,” kata kenyataan yang sama.

Sejajar dengan ledakan teknologi, e-sukan kini menjadi kegilaan kumpulan belia dengan pelbagai permainan seperti Mobile Legend, Starcraft, Counter Strike, Dota dan FIFA yang bukan sekadar memenuhi masa lapang anak-anak muda tetapi sudah mendorong golongan ini menyertai era profesionalisme iaitu e-sukan sebagai kerjaya.

“Justeru kejohanan yang dianjurkan bersama SPRM dengan THQ Esports Club yang diterajui oleh anak-anak muda ini diharap dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada generasi muda kesan rasuah yang bukan sahaja berupaya meruntuhkan organisasi malah mencemarkan imej dan reputasi negara,” ujarnya.

Sementara itu, penyertaan SPRM FIFA 21 Challenge adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat sehingga 30 Jun ini.

Pada peringkat awal, 13 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan yang akan mula bertanding iaitu bermula pada 1 hingga 16 Julai ini. Juara bagi setiap negeri akan layak ke peringkat akhir iaitu pada 17 Julai ini.

Pemenang pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai i keseluruhan sebanyak RM20,000. Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 diikuti Naib Juara (RM3,000) dan tempat ketiga (RM2,000).

Pemenang tempat keempat pula akan membawa pulang sebanyak RM1,000 dan Top 8 (RM700); Top 16 (RM375) serta Top 32 (RM200). SPRM FIFA 21 Challenge yang bakal disertai 2,048 atlet e-sukan akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club dan SPRM Community. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button