Ekonomi

Pemain industri solar sambut baik pengumuman PM

Pemain utama industri tenaga solar tempatan menyambut baik pelaburan RM42.2 bilion kilang solar di negara ini diumumkan Perdana Menteri hari ini.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ir. Muhammad Guntor Mansor Tobeng menganggap pelaburan Risen Solar Technology Sdn. Bhd. sebuah syarikat pembangunan dan pengilangan sell solar dan solar modules akan melabur sebanyak RM42.2 bilion, bakal merancakkan lagi industri.

“Ini perkembangan yang sihat untuk pemain solar tempatan. Malaysia mempunyai eko sistem dan rantaian nilai pembuatan solar panel yang paling lengkap. Risen adalah pengeluar panel solar yang paling kompetitif di dunia. Ini memberi peluang kepada usahawan solarpreneur tempatan utk mengurangkan kos bidaan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Risen telah diberi Lesen Pengilang dan Galakan Insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi aktiviti rekabentuk selain pembangunan dan pengilangan solar cells dan solar modules.

Beliau berkata, pelaburan oleh Risen Solar ini untuk tempoh 15 tahun dari 2021 sehingga 2035 dan dijangka akan menjana 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Kata Perdana Menteri lagi, selain itu, syarikat itu juga akan menjalin kerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk pengambilan pelajar secara internship.

“Saya yakin kehadiran Risen Solar ini, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan solar module akan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran berintegrasi bagi solar,” kata Muhyiddin. -SM

 

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button