Spritzer tampil video Tahun Baru Cina penuh aksi komedi
Membawa penampilan jalan cerita yang berbeza, pengeluar air mineral terkemuka Spritzer cuba menyampaikan makna perayaan Tahun Baru Cina kali ini menerusi gelagat-gelagat lucu pula.
Menggelarkan video Tahun Baru Cina paling kelakar setakat ini, Spritzer menyelitkan sedikit elemen pantang larang yang diturunkan oleh generasi masyarakat Cina.
Sama ada kita suka atau tidak, lawak jenaka dan leteran pasti mengiringi setiap kunjungan keluarga mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan, menandakan pembukaan tahun baharu yang lain.
Video mengisahkan keluarga Feng yang cuba mendapatkan tips Feng Shui dari Feng Shui Master Ong berhubung Tahun Lembu.
Antara dialog yang pasti menarik perhatian penonton terutamanya masyarakat Cina adalah: “Your house has a lot of ‘feng’ (wind) but no ‘shui’ (water)! No greenery! No luck!”