Parlimen

Speaker Dewan Rakyat buat keputusan salah

SBA | ISU DEWAN RAKYAT.

12 JULY 24.

1. Satu Negara kecoh dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang menyatakan bahawa 6 bekas Ahli Parlimen BERSATU kekal sebagai Ahli Parlimen dan kerusi mereka tidak kosong.

Keputusan ini bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa, _”any Member of Parliament who ceases to be a member of his party (ceases to be a member of Dewan Rakyat) must vacate his seat in the Dewan Rakyat._

2. Berdasarkan perkara ini, Parti BERSATU telah meminda Perlembagaan mereka agar selari dengan Perkara 49A Perlembagaan Negara.

6 Ahli Parlimen BERSATU ini telah diutus surat rasmi untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana sokongan ini dilihat melanggar prinsip parti BERSATU dan melanggar mandat yang telah diberi oleh Rakyat didalam Pilihanraya Umum ke 15 lalu.

Sekiranya 6 Ahli Parlimen ini menarik balik sokongan kepada PM Anwar Ibrahim, mengikut waktu yang telah ditetapkan, mereka tetap menjadi Ahli BERSATU dan tetap menjadi Ahli Parlimen.

Ini adalah semangat yang terkandung didalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan tersebut.

3. Masalahnya, 6 Ahli Parlimen ini tidak mematuhi arahan parti BERSATU dan terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Maka, keahlian 6 Ahli Parlimen ini terhenti mengikut Perkara 10.4 Perlembagaan Parti BERSATU.

Maka dengan ini juga, berlakulah *KEKOSONGAN KERUSI* 6 Ahli Parlimen tersebut menurut Perkara 49A Perlembagaan Negara Malaysia.

4. Masalahnya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam memberi ulasan kepada Media bahawa pihak pembangkang (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak memahami Perkara-perkara dan Peruntukan yang terkandung didalam Perlembagaan Negara.

TS Muhyiddin menjawab, saya telah baca keseluruhan Perlembagaan Negara berkenaan dengan perkara ini. Saya juga telah baca Perlembagaan parti BERSATU mengenai perkara yang sama. Perlembagaan yang telah diluluskan oleh ROS.

*PERSOALANNYA*, rasanya yang tidak memahami Peruntukkan Perlembagaan Negara adalah PM Anwar Ibrahim.

5. Apabila Perdana Menteri dilihat tidak memahami peruntukkan Perlembagaan Negara, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, yang tidak mempunyai Ijazah Undang-Undang dan bukannya A practicing Lawyer (bukan peguam), juga dilihat seolah-olah *GAGAL* untuk memahami peruntukkan Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Parti BERSATU tersebut.

Tan Sri Johari Abdul telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) didalam Pengajian Strategik dari University Lancaster, United Kingdom.

Manakala sekiranya kita membuat semakan di Wikipedia, satu ensiklopedia bebas di Google, kita akan terjumpa entry yang menunjukkan bahawa PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1967, telah melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam *PELAJARAN MELAYU (SASTERA).*

Berkemungkinan kerana PM Anwar merupakan Pelajar dalam Bidang Sastera, maka isu-isu Perlembagaan yang membabitkan Peruntukkan-Peruntukkan Perlembagaan ini tidak mudah untuk PM Faham.

*SEKIAN.*

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button