Politik

Sokongan terhadap Perikatan Nasional semakin meningkat — Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sokongan rakyat terhadap gabungan itu semakin meningkat berdasarkan sambutan luar biasa yang dilihatnya sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kebanyakan orang yang ditemuinya dalam tempoh itu menyatakan hasrat mereka untuk melakukan reformasi pentadbiran negara.

“Saya fikir situasi ini mungkin disebabkan mereka mahukan satu kerajaan lebih prihatin dan bertanggungjawab, selepas situasi kehidupan yang tidak begitu baik selepas pandemik COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat di Felda Lepar Hilir 3 semalam. Turut hadir Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat di Felda Lepar Hilir 3 semalam.

Mengenai penerimaan masyarakat Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) terhadap PN, Muhyiddin berkata kumpulan itu juga semakin terbuka untuk mendengar tawaran daripada PN, tidak seperti sebelum ini di mana mereka dilihat cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“FELDA yang kita tahu, dikatakan macam kubu UMNO dan BN tapi kini tidak begitu lagi, orang sudah berubah. Kalau (dahulu) buat (program) di FELDA, jarang sambutan begini.

“Tapi sekarang mereka (peneroka FELDA) bersikap lebih terbuka dan bersedia mendengar. Ini perubahan besar dalam kalangan peneroka FELDA,” katanya.

PN meletakkan calon di semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dun di Pahang pada PRU15.

Artikel berkaitan > Wajar Shahidan “berhijrah” dari UMNO ke PN – Muhyiddin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button