Politik

Sokong Dr. Mahathir isu kewarganegaraan tak sah pendatang

1. Saya Menyokong penuh apa yang di katakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang amat saya sayang ini seperti di laporkan Malaysiakini.

https://m.malaysiakini.com/news/497357

2. Saya juga telah lama bercakap isu kewarganegaraan tak sah pendatang ini sejak tahun 2010 dulu lagi. Lihat rakaman ceramah saya pada tahun 2010 seperti di bawah ini.

https://www.facebook.com/suhaimitaib/videos/2311900475509009/

3. Apa yang di katakan oleh Tun Dr M (angka 1 juta pendatang di beri kewarganegaraan) ini ada di nyatakan dalam buku Mengenal Perlembagaan Persekutuan tulisan Tun Sufian.

4. Dalam buku berkenaan, beliau mengeluarkan statistik bahawa 1.74 juta orang warganegara dari kalangan kaum cina dan india di daftarkan sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1970.

5. Pendaftaran 1.74 juta org warganegara ini telah dilakukan secara tergesa2 oleh Kerajaan Malaya tanpa mengikut prosedur mengangkat sumpah yg di tetapkan di bawah Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan.

6. Ini menjadikan taraf warganegara 1.74 juta org pendatang ini sebagai TAK SAH DAN TERBATAL krn tidak mengikut prosedur yang termaktub dalam Perlembagaan.

7. Apabila taraf kewarganegaraan kesemua 1.74 juta orang pendatang ini tidak sah dan terbatal maka seluruh keturunannya yang lahir sehingga tahun 2019 ini juga adalah tidak sah sebagai warganegara.

8. Menurut Perkara 18 (1) Perlembagaan Persekutuan :-

Perkara 18. Peruntukan am tentang pendaftaran.

(1) Tiada seorang pun yang berumur lapan belas tahun atau lebih boleh didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perlembagaan ini sehinggalah dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

9. Jadual Pertama Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bentuk ikrar YANG WAJIB di baca oleh seseorang sebelum beliau layak di daftarkan sebagai warganegara seperti berikut :-

Saya…………………………………………………………beralamat di ……………………….dengan ini mengaku atas sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Seri paduka beginda Yang di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.

10. Kegagalan semua 1.74 juta orang pendatang mengangkat ikrar seperti di wajibkan Perlembagaan boleh di cabar di Mahkamah pada tahun 2019 ini dan sekiranya Mahkamah memutuskan benar kewarganegaraan mereka sebagai tidak sah, maka seluruh keturunan mereka boleh di buru oleh Jabatan Imigresen dan di hantar balik dengan tongkang ke Negara asal mereka.

11. Jadi kenyataan Tun Dr M ini ada asas untuk di sokong oleh semua umat pribumi Malaya.

#RasisBeperlembagaan

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

0129770412

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button