Skim sewa milik sistem solar Gading Kencana serendah RM220
Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana), syarikat pembekal tenaga boleh baharu di negara ini menawarkan pakej sewa milik sistem panel solar fotovoltaik serendah RM220 sebulan.
Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, pakej itu selari dengan langkah kerajaan sekarang yang mengadakan kempen menggalakkan rakyat memasang sistem solar di rumah mereka bagi menjimatkan tenaga dan bil elektrik setiap bulan.
Sempena kempen ini,Guntor berkata, kerajaan akan memberikan insentif tunai sehingga RM4,000 kepada mereka yang memasang sistem panel solar ini.
“Kami di Gading Kencana turut mengambil bahagian dalam kempen ini di mana kami menawarkan pakel sewa milik sistem panel solar fotovoltaik untuk rumah selama 10 tahun serendah RM220 sebulan.
“Melalui pakej yang kami tawarkan ini, pengguna tidak perlu membuat sebarang pembayaran ketika pemasangan dan kami juga akan membantu mereka untuk mendapatkan insentif RM4,000 tersebut dari kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Guntor, pihaknya menawarkan pakej itu sebagai menyokong usaha kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan tenaga bersih terutama yang berasaskan solar.
Katanya, selain menjimatkan bil elektrik hingga 90 peratus sebulan, penggunaan tenaga solar juga membantu mengurangkan pemanasan global dan menangani perubahan iklim serta membantu negara dalam pengurusan jejak karbon global.
“Kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga yang ingin pasang sistem panel suria di rumah boleh kongsikan pakej promosi yang ditawarkan oleh Gading Kencana ini,” katanya. – s