Ekonomi

SK Magic tawar pelan perancangan awal melalui caruman KWSP

SK magic Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berganding bahu menggalakkan ejen jualannya yang berasaskan komisen semata-mata untuk menabung demi persaraan mereka melalui skim caruman pilihan sendiri KWSP.

Caruman Pilihan Sendiri KWSP merupakan satu skim yang membenarkan ahli KWSP yang bekerja sendiri dan tidak berpendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela dalam apa-apa amaun sehingga maksimum RM60,000 setahun ke dalam akaun KWSP mereka pada bila-bila masa dan dalam lingkungan mereka.

Melalui skim ini, individu berasaskan komisen dan mereka yang bekerja di “syarikat gig” dapat menyimpan dan merancang dengan lebih baik untuk kesejahteraan persaraan masa depan mereka.

Selain itu, ahli bukan sahaja dapat membuat persediaan untuk persaraan mereka, mereka juga akan dapat menikmati faedah seperti dividen tahunan, pelepasan cukai, dan faedah lain yang diberikan kepada ahli KWSP.

Bermula September ini, SK magic Malaysia juga akan memberikan insentif menarik kepada ejen jualan yang layak berdasarkan jawatan pekerjaan mereka.

Sebagai permulaan, semua Magic Specialist SK magic Malaysia akan layak mendapat sumbangan tambahan 8%, sehingga maksimum RM1,500 setahun.

Manakala, Magic Manager akan layak mendapat sumbangan tambahan 15%, sehingga maksimum RM4,000 setahun; Senior Magic Manager akan layak mendapat sumbangan tambahan 15%, sehingga maksimum RM7,000 setahun; dan akhirnya, Chief Magic Officer akan layak mendapat sumbangan tambahan 15%, sehingga maksimum RM10,000 setahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button