Sukan

Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia

CABARAN Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua wakil negara, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal terkandas di pusingan ketiga.
Kedua-dua atlet negara itu gagal melangkah ke suku akhir kejohanan yang diadakan di Kaherah, Mesir pada Selasa.
Pada aksi pusingan ketiga di Kelab Palm Hills, pemain wanita nombor 13 dunia Sivasangari tewas kepada pemain tuan rumah Hania El Hammamy yang juga pemain pilihan kedua kejohanan 13-15, 6-11, 5-11 dalam pertarungan selama 44 minit.
Sementara itu, pemain nombor satu lelaki negara Eain Yow tumbang dalam masa 39 minit kepada pilihan kedua daripada New Zealand, Paul Coll, 9-11, 4-11, 6-11.
Keputusan semalam menyaksikan bekas pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David kekal sebagai pemain Malaysia terakhir memenangi kejohanan ini, iaitu pada edisi 2014 di Kaherah apabila menewaskan pemain tuan rumah, Raneem El Weleily, 5-11, 11-8, 7-11, 14- 12, 11-5. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button