Jenayah
Siti Nurhaliza, suami masing-masing dikompaun RM10,000
Menteri agama, Azhar Idrus dan Don Daniyal turut dikompaun
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis tahnik anak kedua mereka awal bulan ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed
Turut dikenakan kompaun ialah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal. Masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 seorang.
Arjunaidi berkata, Norman Hakim dan Abby Abadi juga dikenakan kompaun.-SM