Hiburan

Siti Nurhaliza, Datuk K sempurnakan badal haji untuk arwah Huzz

DATUK Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menerusi yayasan milik mereka Yayasan Nurjiwa telah menyempurnakan badal haji untuk arwah wartawan hiburan tersohor Huzz atau Kamal Huzaini Kamaludin.

Adik arwah Huzz, Nur-ul Afida berkata, ibadah haji tersebut ditaja  penyanyi nombor satu negara itu dan pasangannya,

“Alhamdulillah selepas 20 hari pemergian Huzz ke rahmatullah, kami bersyukur kerana dimaklumkan badal haji buat arwah telah sempurna.

“Terima kasih khususnya buat Siti Nurhaliza dan suami kerana menunaikan janji mereka kepada Huzz ketika menziarahi sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Nuru-ul Afida yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut berkongsi foto sijil badal haji arwah.

Siti Nurhaliza pernah memberitahu bahawa suaminya berhasrat untuk menaja badal haji buat Huzz ketika arwah terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser usus.

Huzz meninggal dunia pada 8 Jun lalu sekitar pukul 6.10 petang di kediaman abangnya di Pulau Pinang.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button