Auto Travel

Sistem tol tanpa palang akan dicuba pada 2024

Dalam arena lebuhraya, selain pengenalan sistem pembayaran terbuka yang membolehkan penggunaan kad kredit dan debit, langkah seterusnya yang turut dinantikan ramai adalah pengenalan sistem tol tanpa palang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan akan mencuba sistem tol tanpa palang ini pada 2024 kelak.

Sekaligus mengumpulkan pelbagai data untuknya dan untuk menjayakannya, ia akan menggunakan sistem kutipan berasaskan kepada Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR), selain sistem RFID.

Penggunaan sistem tol tanpa palang dijangka akan membolehkan perjalanan lebih lancar di lebuhraya kerana tidak perlu perlahankan kenderaan secara drastik untuk tujuan pembayaran.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan 2024 untuk ujian awal sistem pembayaran tol tanpa palang ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button