Luar Negara

Sinead O’Connor meninggal dunia

Legenda muzik Ireland, Sinead O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas bertahun-tahun melawan masalah kesihatan mental dan 18 bulan selepas anak lelakinya, Shane yang berusia 17 tahun, juga meninggal dunia.

Bagaimanapun, punca kematian penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy belum diketahui.

Sebelum kematiannya, O’Connor menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat pada 2018 setelah beliau memeluk Islam dan menghabiskan kebanyakan masanya di antara Co Roscommon, Ireland dan London.

Dalam Tweet terakhirnya, O’Connor menyiarkan foto Shane dan berkata: ‘Sejak itu hidup sebagai makhluk malam mayat hidup. Dia adalah cinta dalam hidup saya, pelita jiwa saya’.

O’Connor mempunyai empat orang anak, termasuk Shane. – SM

BACA Sham Amir Hussain meninggal dunia

BACA Penyanyi, komposer terkenal Coco Lee meninggal dunia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button