Nasionalpilihan

Sindiket ‘judi online’ tumpas selepas beroperasi selama dua tahun

SINDIKET perjudian yang sudah beroperasi selama dua tahun akhirnya diserbu polis pada 4 Jun di dua buah premis kediaman di Sunway Geo Residences, Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, serbuan dilakukan kira-kir apukul 4 petang hingga 9 malam.

“Hasil serbuan di kedua-dua unit premis kediaman tersebut, kita menangkap lapan lelaki berusia lingkungan 25 tahun hingga 36 tahun dan turut merampas sebanyak 10 buah komputer, 19 buah telefon bimbit, dua modem, sebuah router dan 30 unit USB.

“Siasatan awal mendapati, calling centre ini telah menawarkan khidmat judi online kepada pelanggan di pasaran China dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram, platform perjudian melalui laman web www.eplay.com.

“Sindiket ini juga didapati telah beroperasi lebih kurang dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Khalid, kesemua yang ditahan bekerja sebagai operasi dan menerima gaji sebanyak RM2,500 hingga RM4,000.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) / 4(1)(c) / 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button