Nasional

Silat Harus Dinaungi Istana, Bukan ROS Mahu Pun Kementerian Yang Tidak Istiqomah

Silat merupakan salah satu elemen yang perlu ada dalam diri setiap Melayu sebagai pelengkap jati diri bangsa.

Sekiranya seseorang Melayu itu tidak memiliki sebarang asas silat, kita boleh dikatakan ‘belum cukup Melayu’.

Hal ini demikian kerana ia jadi seorang Melayu bukan sekadar bercakap bahasa Melayu dan beragama Islam.

Malah cara hidup yang mengukuhkan semangat diri menerusi silat antara pelengkap yang perlu diperkukuhkan.

Memahami di alam Melayu ini sahaja ada beratus jenis aliran silat, penyatuan atas nama silat harus dipusatkan.

Dalam erti kata lain, silat tidak lagi sekadar jadi kumpulan yang perlu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau diletakkan di bawah mana-mana kementerian.

Sebaliknya diletakkan terus di bawah pemantauan istana kerana sejarah membuktikan orang-orang Melayu terbaik bernaungnya secara terus dengan istana dan perjuangannya jadi lebih konsisten.

Berbanding dengan pesilat yang diletakkan di bawah kementerian, jika pergolakan politik berlaku dan menterinya bertukar, habislah pembentukan jati diri bangsa menerusi silat itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button