NasionalNegeriPolitik

“Sidang meja bulat” kumpul kepakaran anak Perlis majukan negeri

ANAK-anak tempatan yang mempunyai kepakaran di bidang masing-masing diminta tampil memberikan idea menerusi “sidang meja bulat” ke arah menjayakan hasrat “Perlis Baharu”.

Sehubungan itu kata Exco Kerajaan Negeri, Muhammad Azmir Azizan, anak-anak Perlis sama ada yang berada di dalam atau di luar negara diminta supaya dapat bersama-sama menyumbangkan idea.

“Saya sangat mengalu-alukan kepakaran anda supaya kita dapat duduk bersama dan berbincang dengan idea yang ingin dikongsi bersama demi kemajuan negeri ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan, Kangar hari ini.

Muhammad Azmir yang diamanahkan untuk memegang enam portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menjelaskan ini berhubung perancangan awalnya di dalam pentadbiran negeri.

Beliau berkata, daripada idea ini pula akan dibincangkan bersama dengan agensi berkaitan sebelum pelaksanaannya.

Setakat ini kata Muhammad Azmir, telah ada beberapa orang yang telah sudi memberi pandangan bagi meningkatkan sukan dan juga pendidikan di negeri ini.

“Salah seorangnya seorang anak jati Bukit Keteri yang baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam pembangunan atlit di Ohio, Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau juga telah melakukan tinjauan ke asrama yang menempatkan para atlet negeri ini.

“Keseluruhannya difahamkan kos keseluruhan pembiayaan atlet termasuk makan minum sebanyak RM100,000 sebulan,” katanya.

Mengenai bidang pendidikan katanya, kemungkinan pihaknya akan melaksanakan konsep “Cordoba of Kedah” yang diilhamkan oleh Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md. Nor itu ke negeri ini.

Menyentuh bidang hal ehwal agama Islam, katanya pihaknya akan meneruskan pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti yang termaktub dalan Undang-Undang Tubuh negeri ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button