Siaran langsung pesawat mendarat semasa ribut di London tular
SALURAN YouTube yang menyiarkan secara langsung pesawat mendarat di United Kingdom (UK) menjadi sensasi dan tular di negara itu semasa ribut salji pada Jumaat lalu.
Saluran YouTube Big Jet TV, yang dilaporkan oleh UPI, telah membuat streaming secara langsung pendaratan kapal terbang selama enam tahun. Tetapi bilangan penonton meningkat semasa ribut baru-baru ini apabila pengguna internet log masuk untuk melihat pesawat bergelut untuk mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Heathrow London.
Jerry Dyer, pengasas dan pengulas penyiaran untuk Big Jet TV, berkata, saluran itu mencapai rekod 200,000 penonton serentak semasa strim langsung pada Jumaat di Heathrow.
Ramai pemerhati mengaitkan populariti Big Jet TV dengan komen bernas daripada Dyer.
Siaran langsung sebenar serta ulasan yang menyeronokkan membuatkan saluran ini segera meraih perhatian orang ramai. Terdapat kesegaran tertentu yang menjadikan Big Jet Tv semakin disukai. – SM