Luar Negara

Hantar emoji ‘love’ di WhatsApp boleh dihukum penjara

SESIAPA yang menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara, amaran diberikan kepada orang ramai oleh seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi.

Menurut laporan Akhbar Okaz pengirim emoji tersebut boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan denda sebanyak 100,000 riyal (RM 111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.

Tambahnya, selain daripada penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian, penghantaran emoji ‘love’ juga merupakan satu bentuk jenayah gangguan.

“Pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutama apabila menggunakan emoji ‘love’.

“Pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual dalam apa-apa bentuk termasuk menggunakan teknologi moden boleh dianggap sebagai gangguan.

“Ini termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” katanya.

Selain itu, jika pesalah melakukan kesalahan berulang, boleh dikenakan denda sehingga mencecah 300,000 riyal (RM335,000). -SM

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button