Hiburanpilihan

Sharifah Rose sibuk kejar kerjaya, tidak sempat untuk bercinta!

KUALA LUMPUR: Sama seperti wanita lain, keinginan memiliki pasangan hidup tetap ada walaupun bukan fokus utama pelakon Sharifah Rose, 24, pada saat ini.

Biarpun pelakon yang juga selebriti media sosial popular itu melahirkan hasrat mendirikan rumah tangga, ia bukan bermakna bakal berlaku dalam masa terdekat.

Rose berkata, dia terlalu sibuk mengejar kerjaya menyebabkannya tidak berkesempatan berpacaran atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah.

“Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.

“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahu kru di lokasi penggambaran.

“Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button