Politik

Setiausaha Agung PKR puji Selangor, perli Pulau Pinang, Kelantan

SELANGOR dipuji kerana Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudn Shari mengambil tindakan menyumbangkan sebulan gaji kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor.

Malah, negeri itu juga dilapor bercadang untuk melaksanakan pemotongan gaji meliputi Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai tinggi syarikat milik kerajaan (GLC).

Tindakan tersebut seharusnya dicontohi negeri-negeri lain dalam membantu mengurangkan penularan wabak Koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Namun, berbanding Pulau Pinang dan Kelantan, kedua-dua negeri itu dilihat membelanjakan sumber negeri masing-masing untuk membeli kenderaan rasmi kerajaan negeri.

Lebih mengundang kecaman, Kelatan turut menaikkan pendapatan wakil rakyatnya ketika ekonomi negara sedang bergelut akibat ketidakstabilan politik dan krisis kesihatan.

“Tahniah Selangor .. potong gaji dan tidak beli kenderaan rasmi yang baharu ketika Covid-19 melanda.

“Juga tidak dilupa bantuan banjir RM1 juta kepada Pahang, RM500,000 masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu. Terima kasih.”

Demikian ringkas sindiran Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang, mengesahkan Ketua Menteri Pulau Pinang dibekalkan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi menggantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.

Namun, pembelian kereta rasmi baharu itu dikecam ramai pihak termasuk Parti Gerakan yang meminta kerajaan negeri agar tidak boros berbelanja, terutama dalam perkara yang tidak begitu penting seperti menukar kereta rasmi Ketua Menteri yang baharu.

Sementera di Kelantan, kerajaan negeri dilapor membeli kereta Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan dan pimpinan negeri.

Kenderaan model terbaharu itu didakwa bernilai hampir RM700,000 seunit ditempah sejak tahun lalu dan mula digunakan tahun ini.

Untuk makluman, Amirudin memaklumkan mekanisme potongan gaji ini akan dimuktamadkan dan akan disalurkan ke Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor.

Katanya, tabung tersebut diatifkan semula bagi membantu usaha menangani wabak Covid-19.

Selain itu, beliau mengalu-alukan sumbangan daripada sektor korporat dan GLC.

“Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah menerima sumbangan berjumlah RM9.3 juta dan telah digunakan bagi perbelanjaan khusus buat para petugas barisan hadapan serta bidang perubatan menangani Covid-19.

“Pagi tadi, kerajaan negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung ini,” kata Amirudin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button