NasionalPolitik

Setia Bersama Setiawangsa, perjuangan Nurul Fadzilah berfokuskan pembangunan anak-anak muda!

Sebelum membuat keputusan untuk menerjah masuk ke dunia politik, Nurul Fadzilah Kamaluddin pernah bertugas sebagai pengacara dan menjadi aktivis masyarakat.

Ketika ditemui Suara Merdeka, Nurul Fadzilah bersyukur kerana dengan penglibatannya, sekurang-kurangnya beliau boleh juga mewakili golongan wanita muda.

“Saya nak ucap terima kasih kepada badan pimpinan tertinggi (Perikatan Nasional) kerana melantik saya dan memberi amanah kepada pihak saya,” katanya.

Nurul Fadzilah berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka dalam Majlis Pengumuman Bakal Calon Perikatan Nasional (PN) PRU-15 yang dianjurkan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).

Related Articles

Lebih menarik, Nurul Fadzillah bukan sahaja satu-satunya calon tunggal malah mewakili Srikandi Muda Bersatu Malaysia.

“Alhamdulillah.. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk kawasan Parlimen Setiawangsa dan akan pastikan pembangunan anak muda akan diteruskan.

“Semoga semua rakyat akan turun (untuk mengundi) dan bukan sahaja sokong anak muda menjadi calon malah menyokong untuk calon wanita menjadi pemimpin,” ujarnya.

Nurul Fadzillah yang tampil dengan perwatakan anggun bersama slogan Setia Bersama Setiawangsa akan berdepan antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai pencabarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button