Seteru politik disyaki diracun dalam air teh
JURUCAKAP ahli politik pembangkang Rusia, Kira Yarmysh , Alexei Navalny memberitahu, Navalny berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Siberia selepas meminum secawan teh yang dipercayai mengandungi racun.
Navalny seorang pengkritik Presiden Vladimir Putin yang lantang, dikatakan mula berasa sakit sekembalinya ke Moscow dari Tomsk di Siberia menaiki kapal terbang pada Rabu lalu.
Beliau diusung keluar dari pesawat yang membuat pendaratan kecemasan di Omsk dan terus dikejarkan ke hospital.
Navalny dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat bantuan pernafasan (ventilator) paru-paru buatan, Yarmysh.
“Kami menganggap Alexei diracun dengan sesuatu yang dicampurkan dalam air tehnya keana itu sahaja yang diminumnya pada pagi kejadian. Alexi sekarang tidak sedarkan diri,” kata Yarmysh.
Sementara itu, doktor yang merawat Navalny pula memberikan maklumat bercanggah mengenai keadaannya.
Kata doktor berkenaan, keadaan Navalny sudah stabil tetapi masih terancam dan mereka sedang berusaha untuk menyelamatkannya.
Di Kremlin, seteru politik diracun atau jatuh sakit selepas disyaki diracun adalah sejarah panjang di negara itu yang masih berlaku sehingga ke hari ini. – SM