NasionalNegeri

Sesi latihan berterusan tingkat kualiti kepimpinan – Raja Muda Perlis

SESI latihan secara berterusan antara kaedah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kepimpinan di dalam sesebuah organisasi, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar semasa mengetuai program kayuhan MAIPs Peduli di Kampung Padang Keria.

Baginda bertitah, daripada sini akan dapat dibangunkan kemahiran kepimpinan iaitu “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”.

Titah Baginda, latihan kepimpinan ini penting kepada setiap organisasi.

“Usaha, kos dan masa yang dilaburkan untuk latihan ini adalah berbaloi demi meningkatkan lagi prestasi pekerja dan organisasi masing-masing,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal MAIPs Pedulli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Berangkat sama ialah anakanda kedua Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, selain itu setiap pemimpin dan pekerja juga seharusnya memupuk rasa saling menghormati.

“Jika pekerja merasa diri mereka tidak dihormati atau tidak dilayan dengan baik, ia akan mengurangkan motivasi mereka untuk melaksanakan tugas,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs, Kits MAIPs Peduli, beras kepada salah seorang asnaf semasa mengetuai program kayuhan MAIPs Peduli di Kampung Padang Keria.

Baginda bertitah, sekiranya mereka berasa suara mereka didengari atau dihargai, mereka akan lebih bersemangat dan bersungguh semasa bekerja.

“Sungguhpun begitu, pekerja juga perlu mengambil berat dan menghormati setiap arahan dan keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan,” titah Baginda.

Raja Muda bertitah, ini bermakna, sikap saling menghormati akan membawa kepada perhubungan harmoni dalam organisasi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs, Kits MAIPs Peduli, beras kepada salah seorang asnaf semasa mengetuai program kayuhan MAIPs Peduli di Kampung Padang Keria.

Pada program kali ini, Raja Muda merangkap Yang DiPertua berkenan singgah menyantuni tiga rumah asnaf terpilih terdiri dari Embon Mohammad, 72, Said Hamid, 69 dan Kosin Ibrahim, 67.

Kesemuanya tinggal di Kampung Padang Keria dan masing-masing menerima RM700 tunai, ‘Kit MAIPs Peduli’ dan sekampit beras sumbangan MAIPs. – SM

BACA Golongan wanita perlu berkemahiran, daya kepimpinan kendiri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button