Hiburan

Serangan berterusan, Uqasha Sensrose dituduh pembuli semasa zaman sekolah

Selepas melalui episod hitam di Singapura, aktres Uqasha Senrose sekali lagi menjadi bualan ramai apabila didakwa sebagai pembuli pada zaman persekolahannya.

Tuduhan tersebut dilemparkan seorang wanita bernama @ImZawani dalam Twitter yang mendakwa pernah bergelar rakan sebaya pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen di sebuah sekolah.

Tidak berdiam diri, Uqasha menganggap tuduhan sebagai pembuli itu sebagai satu fitnah.

“Allahukhabar selepas semua yang terjadi kepada saya dan suami, muncul pula fitnah menuduh saya sebagai pembuli.

“Dengan satu gambar, saya dicop sebagai pembuli. Siapa yang buli mental siapa ini? Dalam foto tersebut siapa yang ceria?” katanya dalam satu ciapan Twitter hari ini.

Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, dia juga menyerahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Artikel Berkaitan > Kamal Adli ditidurkan, kepala berlubang akibat diserang lelaki Singapura

“Kepada awak yang menabur fitnah, kita akan bertemu nanti.

“Jangan risau, polis akan siasat semua tentang awak. Allah itu Maha Besar.

“Awak boleh sekat (akaun) saya selepas ini tetapi semua perbualan dan maklumat sudah, kami sudah dapat. Dunia ini kecil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha juga enggan terlalu memikirkan tuduhan tersebut dan hanya ingin memberi fokus terhadap insiden yang berlaku terhadap dirinya dan Kamal baru-baru ini.

“Dengan keadaan begini, lebih baik saya fokus terhadap suami dan diri sendiri.

“Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma serta difitnah sebagai pembuli,” ujarnya lagi.

Hari ini, nama Uqasha sohor kini dalam Twitter apabila seorang wnaita mendakwa aktres tersebut sebagai pemuli ketika zaman persekolahan 15 tahun lalu.

Wanita tersebut mendakwa kejadian serangan terhadap Kamal di Singapura lalu ibarat karma buat Uqasha yang didakwa pernah terlibat kes buli di sekolah.

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button