Nasionalpilihan

Seorang pelacur mampu layan 14 lelaki dalam tempoh 8 jam

SEORANG pelacur mampu melayan sehingga 14 orang lelaki dalam tempoh selama lapan jam.

Perkara itu diketahui selepas dua buah premis yang menyajikan aktiviti pelacuran di kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur diserbu Jabatan Imigresen Malaysia pada petang semalam.

Malah, premis pelacuran itu juga beroperasi selama dua sesi bermula pukul 7 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 9 malam.

Difahamkan, pelanggan akan juga dikenakan caj sebanyak RM60 bagi setiap pakej seks yang diambil.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, menerusi serbuan kira-kira pukul 3.30 petang semalam, pihaknya menahan 12 orang pelacur warga asing.

“Kesemua mereka iaitu lapan wanita Vietnam dan empat Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Ketika serbuan, kesemua pelacur dan pelanggan cuba melarikan diri namun gagal selepas kesemua jalan keluar dari premis itu telah dikepung.

Menurut Khairul Dzaimee, modus operandi perkhidmatan ini adalah dengan berjumpa penjaga pintu dan dibawa ke premis bagi tujuan pemilihan pelayan pelanggan.

Jelasnya, selain pelacur, dua lelaki yang merupakan penjaga pintu bersama enam lelaki (pelanggan) juga dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahana Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button