Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Beliau berkata, senarai itu telah dimuktamadkan selepas mengadakan perbincangan dengan kesemua ketua-ketua parti yang terlibat, dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara awal hari ini.
Berikut adalah senarai semua timbalan menteri:
Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) – Kementerian Kewangan
Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) – Kementerian Kewangan
Datuk Rubiah Wang (Kota Samarahan) – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Siti Aminah Aching (Beaufort) – Kementerian Peladangan dan Komoditi
Datuk Hasbi Habibollah (Limbang) – Kementerian Pengangkutan
Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah) – Kementerian Ekonomi
Akmal Nasrullah Nasir (Johor Bahru) – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Adli Zahari (Alor Gajah) – Kementerian Pertahanan
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis) – Kementerian Kerja Raya
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) – Kementerian Dalam Negeri
Liew Chin Tong (Iskandar Puteri) – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Yusof Apdal (Lahad Datu) – Kementerian Pendidikan Tinggi
Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) – Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi
Aiman Athirah Sabu (Sepang) – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Fuziah Salleh (Senator) – Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor) – Kementerian Undang-undang dan Reformasi Institusi
Datuk Hwang Tiong Si (Sarikei) – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Saraswathy Kandasamy (Senator) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) – Kementerian Luar Negeri
Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Teo Nie Ching (Kulai) – Kementerian Komunikasi dan Digital
Lim Hui Ying (Tanjong) – Kementerian Pendidikan
Adam Adli Abdul Halim (Hang Tuah Jaya) – Kementerian Belia dan Sukan
Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud (Sepanggar) – Kementerian Sumber Manusia
Lukanisman Awang Sauni (Sibuti) – Kementerian Kesihatan
Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang) – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Bagaimanapun, tiada pelantikan bagi Timbalan Menteri Agama dan Timbalan Menteri Perpaduan diumumkan Anwar.
Perdana Menteri berkata, kesemua timbalan menteri ini akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada jam 3 petang Sabtu. – SM