NasionalNegeri

Semua pihak perlu jayakan Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 – Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya semua pihak
bersama-sama menjayakan Kempen Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP2024-2025).

Baginda bertitah, ia boleh disumbangkan sama ada berbentuk pelaburan dan idea-idea baharu bagi membangunkan industri perhotelan serta pengurusan pusat-pusat pelancongan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen semasa pelancaran Promosi Makanan Perlis berupa ‘Kurma Daging Perlis’ di Restoran Kaitod Decha (Chee Uthit Branch), di 93 Chee Uthit Road, Hatyai, Thailand.

“Sudah pasti permintaan terhadap penginapan pastinya akan meningkat di Perlis,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelancaran Promosi Makanan Perlis berupa ‘Kurma Daging Perlis’ di Restoran Kaitod Decha (Chee Uthit Branch), di 93 Chee Uthit Road, Hatyai, Thailand.

Ia anjuran restoran berkenaan dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, TTG Perlis dan Shamiza Restoran di Kampung Gial, Perlis.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatau Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh pemilik restoran itu, Yukthana Lekpee @ Bang Loh.

Restoran itu terkenal di kalangan para pengunjung termasuklah dari Malaysia dengan menu seperti Pulut Ayam, Tomyam Udang Kelapa Muda, Ikan Goreng Asam Jawa, Lobster Bakar dan macam-macam lagi.

Restoran yang beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam ini dikendalikan oleh 40 pekerja.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap Forum Pacific Asia Travel Association (PATA) Malaysian Chapter (PMC) yang berlangsung di Perlis baru-baru ini dapat menyediakan platform untuk pengusaha-pengusaha industri pelancongan daripada keahlian PMC dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk bertemu dan menjalin jaringan dengan rakan kongsi pelancongan tempatan dari Perlis.

Baginda bertitah, dengan objektif utama untuk meneroka dan meningkatkan peluang perniagaan serta seterusnya industri pelancongan negeri Perlis ini bertambah maju, berdaya saing, mampan dan lebih cemerlang.

Untuk rekod, selain daripada pelbagai program serta acara lain, PMC dengan keahlian 93 orang yang terdiri daripada entiti kerajaan, syarikat penerbangan, institusi pendidikan, hotel, ejen pelancongan dan kembara dan organisasi serta persatuan lain yang berkaitan dengan industri pelancongan dan hospitaliti.

Sebelum ini pihak ini juga telah mengadakan forum rangkaian antara negeri yang serupa pada masa lalu setiap tahun mulai 2015, di Sabah, Sarawak, Langkawi, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu yang disokong oleh Pejabat dan Biro Pelancongan Negeri masing-masing.

Forum-forum ini sangat berjaya dan memberi peluang yang sangat baik kepada PMC dan negeri-negeri terbabit untuk menjalinkan rangkaian dan memupuk hubungan
perniagaan yang lebih erat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button