Uncategorized

”Semua bahan makanan halal tapi sijil halal masih dalam proses” Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil jelaskan isu halal

BERKENAAN status halal yang kecoh sejak semalam dikeluarkan oleh JAKIM, kini pihak pengurusan Jonny’s restaurants dan Black Canyon Malaysia tampil memperjelaskan berkenaan isu tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu,  Johnny’s Restaurants yang mengambil sikap untuk tidak berselindung turut menyediakan salinan sijil halal pembekal di semua cawangan restoran untuk rujukan pelanggan.

Penjelasan ini diharapkan dapat meredakan kebimbangan yang mungkin timbul di kalangan pelanggan setia mereka.

 

Dalam kenyataan tersebut, Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia juga menekankan bahawa tiada penggunaan alkohol atau wain dalam penyediaan makanan dan minuman mereka.

Pihak pengurusan juga memaklumkan bahawa mereka sedang dalam proses mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM, yang melibatkan dapur berpusat (central kitchen) dan setiap cawangan individu.

 

Mereka memahami kepentingan pensijilan halal ini, terutamanya dalam memenuhi keperluan dan kepercayaan pelanggan Muslim.

 

Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia bertekad untuk terus menyajikan makanan Thai yang lazat, selamat, dan asli kepada semua pelanggan mereka di seluruh negara.

Artikle Berkaitan :>

Rupanya ini senarai yang kita selalu makan di restoran popular tiada halal !

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button