Travel

Sempena sambutan tahun baru 2024 Rapid KL akan operasi sehingga 1.30 pagi

Bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2024, waktu operasi rangkaian rel transit dan bas Rapid KL akan dilanjutkan hingga 1.30 pagi pada 1 Jan (Isnin) bagi memenuhi keperluan warga kota menghadiri sambutan
itu di sekitar pusat bandar.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lanjutan
operasi itu melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT),
Monorel KL, tiga Stesen Bus Rapid Transit (BRT) serta 21 laluan bas Rapid KL dan
Derantara MRT.

Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi beberapa stesen rel terpilih membabitkan LRT, MRT dan Monorel pada Sabtu (15 April 2023) sehingga jam 1.30 pagi.
Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi beberapa stesen rel terpilih membabitkan LRT, MRT dan Monorel pada Isnin (1 Januari 2024) sehingga jam 1.30 pagi.

Antara laluan rel transit yang terlibat ialah LRT Laluan Kelana Jaya yang melibatkan steen KLCC dan Masiid Jamek: LRT Laluan Ampang ke Sri Petaling (Masjid Jamek, Bandaraya, 101
Puchong Jaya dan Maluri); •Laluan Monorel KL (Bukit Bintang); MRT Laluan Kajang (Bukit Bintang,
TRX, Cochrane, Maluri); MRT Laluan Putrajaya (TRX) dan BRT Laluan Sunway (Sunway Lagoon, SunMed dan SunU-Monash).

“Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari steen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Semua stesen pertukaran rel dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir,” menurut kenyataan itu.

Prasarana turut menyarankan orang ramai untuk menggunakan kad Touch n’ Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar serta dapat mengelakkan kesesakan manakala bagi pengguna token di stesen rel transit pula digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen.

sumber: Bernama

Artikle Berkaitan :>

Insiden pintu tren terbuka ketika bergerak, Rapid KL mohon maaf

Penjarakan sosial: Rapid KL akur arahan kerajaan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button