Hiburan

Sempena bulan kemerdekaan, Rocketfuel entertaiment lancarkan lagu ‘Inilah Kita’

Rocketfuel Entertainment melancarkan single terbaru bertemakan patriotisme yang berjudul ‘Inilah Kita’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang. 

Lagu ini merupakan hasil usaha sama artis dari pelbagai bangsa, yang melambangkan keindahan kepelbagaian budaya di negara kita. Artis-artis yang terlibat di dalam rakaman lagu ini ialah Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran, dan Joey Leong. 

Kesemua mereka bergabung suara untuk menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu-padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Lagu berdurasi hampir 3 minit ini merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

Menurut Rocketfuel Entertainment, lagu ‘Inilah Kita’ adalah simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa, dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

Menurut Wee Sher Leen, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Kami berharap melodi dan lirik lagu ini dapat menyentuh hati dan menggerakkan jiwa setiap rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan perpaduan dan kebanggaan sebagai sebuah negara yang merdeka.”

“Lagu ini bukan sahaja sesuai untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang tetapi juga memberi penghormatan kepada Hari Malaysia, mengingatkan kita semua bahawa semangat kebersamaan inilah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa.” tambahnya

Rocketfuel Entertainment berharap ‘Inilah Kita’ akan menjadi lagu kebanggaan bagi rakyat Malaysia, terutamanya semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 

Anda boleh terus strim lagu Inilah Kita di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.

Video muzik eksklusif bagi lagu ‘Inilah Kita’ akan dilancarkan pada hari Ahad ini, 18 Ogos 2024 selepas tayangan perdana di program Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria, saluran 104 Astro. 

Jom bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan dan tanda cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. ‘Inilah Kita’ – Satu bangsa, satu negara, satu hati.

Artikle Berkaitan :>

Gabungan konsert Afgan dan Lyodra pertama kali di Kuala Lumpur

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button