Nasional

Semoga berjaya

SUARA Merdeka mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, seramai 416,416 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu pada tahun ini di 3,313 pusat peperiksaan seluruh negara.

Peperiksaan berlangsung dalam dua fasa iaitu fasa pertama 14 sehingga 17 Oktober manakala fasa kedua dari 5 sehingga 28 November.

Semua calon diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.lp.moe.gov.my.

Calon turut diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Semoga kejayaan yang dicapai mampu menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan sejahtera.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button