Politik

Semoga Allah buka hati mereka tidak buat fitnah

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan mereka yang melakukan fitnah terhadapnya, dibukakan hati oleh Allah agar tidak lagi mengulang perbuatan tersebut.

Ismail Sabri berkata, gambar dia bersama-sama Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali yang disebarkan di media sosial kononnya tiada penjarakan sosial adalah fitnah.

Turut berada dalam gambar tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Abd Rauf Yusof dan beberapa individu yang lain.

“Beberapa gambar menjadi bahan fitnah terhadap saya dan YAB Ketua Menteri Melaka serta YB Speaker DUN Negeri Melaka sewaktu saya melakukan lawatan kerja ke Melaka Sabtu lepas.

“Kononnya tiada penjarakan sosial antara kami.

“Semoga Allah membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini,” kata Ismail Sabri.

Katanya, pihak yang menyebarkan gambar tersebut berniat jahat dengan hanya berkongsi foto dari sudut lain yang tidak menunjukkan penjarakan sosial.

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun ini lah gambar sebenarnya,” kata Ismail Sabri.

Dalam hantaran itu, Ismail mengongsikan beberapa gambar menunjukkan dia, Sulaiman dan Abd Rauf serta beberapa orang lagi duduk di satu meja yang sama.

Antara yang berkongsi gambar itu adalah pereka grafik Fahmi Reza.

Semalam, Fahmi kongsikan gambar memaparkan Ismail bersama beberapa pemimpin politik di acara tersebut diiringi komen bernada sarkasti.

“Kadang-kadang kita nampak dalam gambar yang ramai-ramai duduk meeting rapat-rapat keliling meja tu sebenarnya dalam masa yang berbeza-beza di tempat berbeza, tetapi dari segi teknologi moden gambar itu disatukan seolah-olah nampak meeting itu bersama,” katanya. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button