Politik

Semasa saya cuti 6 bulan, 12 hari UMNO dipecah perintah – Zahid

“Saya pernah cuba cuti 6 bulan 12 hari , tetapi apa berlaku UMNO tidak lebih baik.

“Maka saya melakukan beberapa kali, berbincang dan memutuskan harus bersama UMNO dalam kesusahan. Ketika itu saya rasa seperti bernafas dalam lumpur, UMNO cuba di pecah perintah dari dalam dan luar,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Semasa Ahmad Zahid bercuti, tugas beliau selaku Presiden UMNO dipikul oleh timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Presiden UMNO itu berkata, parti berkenaan sebuah organisasi di mana putaran hayat apabila kemuncak jika tidak dilakukan sesuatu ia akan berada situasi merudum ke bawah.

“Saya ambil ketika berada di bawah, Allah menguji bukan mudah dan hanya yang mampu diuji, saya berdepan dengan pertuduhan terpilih dan saya kini sedang membersihkan nama saya.

“Proses ini panjang, UMNO harus terus hidup, ini amanah, ini ujian. Berbeza ketika jadi pembangkang berbanding dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Saya amat menghargai rakan-rakan ketua-ketua termasuk bahagian dan paling penting cawangan terus menghidupkan parti dalam keadaan UMNO diterjah dengan pelbagai sudut.

“Tidak ada satu yang terjejas kerana ia sebuah parti akar umbi, jadi akar rambut menjadi kuat, walaupun pokok tua daun terus merimbun.

“Tidak ada baja, air tidak ada, tiada yang meletakkan baja berlebihan pada pokok tua. Pokok tua ini terus hidup kerana sumber air di situ iaitu ahli-ahli di akar umbi.

“Dokongan walaupun ada kepayahan yang luar biasa dan akan melakar agenda baharu UMNO supaya terus relevan,” katanya dalam wawancara dengan Malaysia Gazzette.

Mengulas tentang zaman langit terbuka, kata Ahmad Zahid, beliau tidak boleh menutup mulut tempayan, ia tidak berdasarkan kepintaran, tetapi hanya jari jemari menaip di peralatan pintar.

Beliau juga menjelaskan dalam buat keputusan tidak pernah guna kuasa mutlak sebagai presiden, tetapi lebih kaedah berjemaah.

“Saya sentiasa berbincang dengan lima kepimpinan utama dan pemegang taruh lain di dalam UMNO.

“Saya juga menjemput semua pengerusi perhubungan negeri dan dibincangkan di Majlis Kerja Tertinggi. Ada tidak bersetuju dan ada juga bersetuju.

“Kenyataan rasmi dari presiden dan setiausaha agung, tetapi ada yang menggunakan pendapat peribadi seolah-olah pendapat parti,” katanya.

Keputusan peribadi jangan dianggap keputusan parti. Saya beri nasihat mereka jangan kelirukan rakan-rakan di akar umbi, katanya.

Kekeliruan itu, katanya, melihatkan seolah-olah UMNO tidak mempunyai hala tuju sedangkan ia telah dibentangkan pada ucapan presiden dan dilaksanakan bersama.

“Sejak awal saya tekankan UMNO di dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai sebahagian komponen kerajaan, tetapi pada masa yang sama Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan.

“Bagaimanapun muafakat ini ditakuti pihak lawan, cuba pecah dari dalam dan luar,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button