fbpx
Rencana

Imbas kod ini jika mahukan khidmat hantu raya

ulama

RAMAI yang terkejut dan takut apabila saya bercerita kisah hantu raya dan membuat hantaran ketika jam menghampiri tengah malam.

Mengapa itu berlaku? Itulah fitrah manusia, takutkan kegelapan dan takutkan sesuatu yang tidak pasti dan asing.

Mungkin ramai juga yang memikirkan ia adalah kisah hantu. Sebenarnya ia adalah kisah seram satira.

Dalam seram sambil menyindir. Saya sebenarnya melihat perspektif gelap jika JASA yang mahu dihidupkan semua dengan dana RM85 juta.

Bayangkan hanya imej hantu raya yang saya ambil dari Google sahaja pun sudah ditakuti, bagaimana pula jika hantu raya sebenar?


Seekor hantu raya pun sudah menggemparkan seluruh kampung, bayangkan jika terdapat berjuta-juta hantu raya di seluruh negara.

Tidak guna dijenakan apa jua dari JASA kepada JKOM ia menjadi sia-sia dan tidak berguna, bahkan hanya menimbulkan keresahan dan kemarahan orang ramai.

Pada masa ini sahaja apabila terdapat hantaran ke media sosial yang menyokong dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) pasti akan dibalas dengan tuduhan, Budak JASA RM85j tengah buat kerja.

Jika ditukar nama, ia hanya akan menjadi Budak JKOM RM85j tengah buat kerja. Komunikasi yang betul sekalipun tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat.

Kerajaan perlu sedar risiko itu. Jangan percaya analisis dibuat oleh sebuah agensi berita. Itu kerja lapuk, penipuan maha dangkal.

Berpijaklah di bumi nyata jangan terbuai dek angan-angan, sambil didodoi oleh sang penipu dengan analisis serta teori tahyulnya.

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button