Auto Travel

Semak dahulu di website MOTAC untuk elak ‘scammer’ Umrah dan Haji

SETIAUSAHA Bahagian pelesenan dan Penguatkuasaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Encik Roslan memberikan nasihat kepada semua bakal jemaah haji dan umrah menyemak dahulu egensi yang menawarkan khidmat tersebut bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

SETIAUSAHA Bahagian pelesenan dan Penguatkuasaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Encik Roslan

‘’Yang pertama antara syarat lesen kami (MOTAC) untuk Syarikat umrah perlu ada pejabat secara fizikal, tidak boleh rujuk melalui online, MOTAC juga akan turun melihat sendiri Syarikat tersebut sama ada wujud atau pun tidak.

‘’Kedua pula tolong pastikan buat pembayaran kepada nama syarikat yang sama dengan nama akaun bank, sebagai contoh ABC & Travel Tour perlu bayar terus ke nama Syarikat berkenaan bukan ABC Destinasi Sdn Bhd serta pastikan ada resit untuk senang pihak kami membantu.

‘’Dan terakhir mana-mana bakal jemaah yang mahu ke sana perlu menyemak ke website kami www.MOTAC.gov.my/semakan di situ kami ada senarai Syarikat berlesen dan tolong lihat di bahagian berkaitan, kami juga ada senaraikan senarai hitam Syarikat yang scamer’’. Katanya pada sesi sidang media selepas majlis penutup Hari Umrah Malaysia yang berlangsung di Malakat Mall.

Tambahnya lagi, dengan cara semakan ini dapat kurangkan berlakunya penipuan di kalangan warga Muslim.
Berdasarkan rekod Motac, terdapat 531 agensi pengurusan umrah di peringkat ibu pejabat dan 394 lagi merupakan cawangan dengan sebahagian besar adalah ahli Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) yang turut terlibat dalam sesi libat urus dengan Majlis Kawal Selia Umrah.

Sementara itu, Hari Umrah Malaysia anjuran Fakulti Pengajian dari Kolej Antarabangsa Innovatif Antarabangsa di bawah YEG Academy dengan kerjasama Suara Belia, Malakat Mall dan Brainy Bunch ini memberi kesedaran kepada orang ramai jangan tertipu terhadap ‘scammer’ yang kerap berlaku kini.

Dalam majlis Penutup Hari Umrah Malaysia anjuran Fakulti Pengajian dari Kolej Antarabangsa Innovatif Antarabangsa di bawah YEG Academy dengan kerjasama Suara Belia, Malakat Mall dan Brainy Bunch bersama pelajar-pelajar

Menurut, Dekan Fakulti tersebut, Encik Mohamad Fikri, program ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk menguruskan jemaah dan melahirkan usahawan dalam bidang tersebut.

Dekan Fakulti tersebut, Encik Mohamad Fikri

Menghimpunkan lebih 20 buah agensi pelancongan di Malaysia ini menawarkan pakej umrah dengan harga ‘rahmah’ dan istimewa kepada pelanggan.

”Program ini kita tidak fokus kepada jualan, lebih kepada memberi kesedaran, kepercayaan dan bakal memberi penerangan tentang pekej-pekej yang disediakan.

”Selain daripada itu, pelajar Diploma pengurusan Haji dan Umrah diberikan tugasan di pameran jualan, untuk belajar dan berkongsi dengan syarikat tersebut dalam bidang ini. Kita juga ada pertandingan media sosial dimana kita menerapkan pelaja-pelajar ini bagaimana untuk mempromosikan supaya mereka boleh menjadi seorang usahawan akan datang”. ujarnya.

Fikri juga berhasrat untuk mengadakan program ini setiap tahun kerana melihat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung selama 3 hari ini.

Artikle Berkaitan :>

Pelancaran Program “Hidangan Buah Nadir” dengan kerjasama MOTAC

Pakej Umrah Rahmah, agensi pelancongan diseru beri sokongan

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button