Selesai kuarantin, Ismail Sabri kena ‘lock’ dengan cucu
BARU sahaja selesai menghabiskan kuarantin kendiri selama 14 hari, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ada sesuatu yang rupa-rupanya ada sesuatu yang sedang menunggu pemimpin itu.
Menurut Ismail Sabri, perkara pertama yang dilakukannya selepas selesai proses kuarantin di rumah ialah berjumpa dengan cucu.
“Hari ini cucu ‘lock’ atuk,” katanya di laman sosial.
Melihat kepada komen netizen, ramai yang tertarik dengan perkataan lock yang digunakan Ismail Sabri.
Sebelum ini, Ismail Sabri menjadi tumpuan selepas netizen mula tertarik dengan barangan yang menjadi dinding latar ketika dia mengadakan sidang akhbar harian di rumahnya.
Ramai netizen yang menggunakan perkata ‘lock’ atau juga membawa maksud menempah barangan yang ingin dijadikan koleksi.
Ismail Sabri mula menjalani kuarantin kendiri di rumahnya pada 5 Oktober lalu selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.
Tindakan kuarantin itu dilakukan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menghadiri mesyuarat itu disahkan positif Covid-19. -SM