Selepas tiga tahun menunggu, Yana Samsudin hamil anak kedua
PELAKON, Yana Samsudin yang kini sudah menempa nama dalam dunia permainan video bakal bersalin tidak lama lagi.
Berita gembira itu disampaikan suami Yana, Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, sempena hari Jumaat yang mulia ini saya nak ucapkan selamat hari jadi kepada isteri, Yana terima saya seadanya.
“Sama-sama berkongsi hidup lebih kurang 8 tahun termasuk 3 tahun berkenalan
“Sekali lagi saya nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara semua yang isteri saya sudah hamil lapan bulan selepas lebih tiga tahun menunggu dan berusaha,” katanya.
Menurut Fadzil, dia turut mengambil kesempatan untum berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
Yana dijangka melahirkan anak kedua mereka pada bulan depan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup, Yana dan Fadzil dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun. -SM