Politik

PRN Sabah: 32 peratus keluar mengundi hingga 11 pagi

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini menyaksikan 32 peratus telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini.

Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa yang berdaftar di Sabah layak mengundi untuk memilih 73 wakil DUN, manakala sebanyak 14,935 pengundi lagi mengundi secara pos.

Sebanyak 741 pusat mengundi yang membabitkan 2,540 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuka bermula jam 7.30 pagi ini.

Bagi PRN kali ini, sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dengan seramai 476 calon.

Semua pusat mengundi ditutup secara berperingkat berdasarkan jumlah pengundi yang ada di kawasan berkenaan dengan waktu terakhir penutupan jam 5 petang.

DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu bagi memberi laluan kepada PRN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.-SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button