Hiburan

Bekas Penyampai Berita Radio dan TV, Hajah Wan Chik Daud meninggal dunia

BEKAS penyampai berita radio dan televisyen (RTM), Hajah Wan Chik Daud, 80, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, berita sedih itu disahkan oleh pembantu yang menjaga arwah, Fauziah.

“Jenazah Allahyarhamah kini berada dirumahnya di AU 3 Lembah Keramat sementara menunggu jenazahnya diuruskan.

“Tanah perkuburan masih belum dikenal pasti lagi dan masih dalam perbincangan. Sebarang maklumat lanjut akan diberitahu kelak,” kata Haifz.

Allahyarhamah Wan Chik yang juga dikenali  menerusi lakonannya dalam filem berjudul Do Re Mi dengan memegang watak sebagai Milah serta kemunculannya dalam filem Nasib Do Re Mi sebagai jururawat pada tahun 1966.

Sebelum bergiat dalam bidang seni, arwah pernah bekerja sebagai penyampai berita di RTM.

Arwah juga adalah isteri kepada arwah seniman veteran, M.Rajoli. -SM

(Visited 749 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button