Selepas tiga dekad Aisberg terbesar dunia cair sedang bergerak ke Lautan Selatan
Selepas tiga dekad Aisberg terbesar di dunia kini semakin mencair dan hanyut ke arah Lautan Selatan buat pertama kali akibat pemanasan global.
Bongkah ais tertua di dunia ini dinamakan A23a, berkeluasan 4,000 kilometer persegi, dan bersaiz tiga kali ganda lebih besar berbanding Singapura.
Menurut laporan saintis dan penyiasat di NASA Psyche Mission, Lindy Elkins-Tanton, aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada Ogos 1986.
Dalam pendidikan mereka mendapati ia semakin laju, ‘gunung besar’ itu mungkin akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika.
Pada 2020 gunung ais gergasi dinamakan A68 telah menimbulkan kebimbangan akan bertembung dengan Georgia Selatan.
Pertembungan itu akan menghancurkan hidupan marin di dasar laut dan memotong akses makanan.
Walau bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini itu dapat dielakkan apabila gunung ais itu terpecah menjadi kepingan yang kecil. – SM
Artikle Berkaitan :>
Covid-19: Perubahan iklim boleh wujudkan banyak virus bahaya