Hiburan

Selepas dicabar Ebit Lew, Nadir Al-Nuri akan kemuka bukti

SELEPAS dicabar oleh pendakwah, Ustaz Ebit Lew, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman nampaknya sudah mula memberi respon.

Menurut Nadir, dia akan menunjukkan segala hitam putih berkenaan kerja-kerja kebajikan di Gaza, Palestin tetapi memerlukan masa sedikit.

“Rilek guys. Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah.

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek yang ni dulu,” tulisnya ringkas.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Nadir dilihat sedang sibuk menguruskan sembelihan korban sempena Hari Raya Aidil Adha.

Dalam pada itu, Ebit Lew menerusi live yang dibuat semalam mempersoalkan mengenai sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta yang disalurkan kepada Nadir untuk misi kemanusiaan di Gaza. -SM

(Visited 2,349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button