Ekonomi

Dynafront catat premium 9.6 peratus di awal dagangan

Dynafront Holdings Berhad (DynaFront), sebuah syarikat pakar teknologi insurans, mencatat premium 9.6 peratus di awal dagangannya di Pasaran LEAP Bursa Securities Malaysia Berhad (Bursa Securities) hari ini.

Ia merupakan premium 2 sen lebih tinggi berbanding harga tawaran sebanyak 21 sen sesaham.

Dynafront merupakan pakar di dalam pembangunan dan penyediaan rumusan teknologi maklumat (“IT”) proprietari dan direka khas untuk perusahaan bagi pelbagai syarikat insurans hayat, termasuk penginsurans hayat konvensional, pengendali Takaful, agens insurans hayat korporat persendirian dan operasi asurans berkumpulan.

Rumusan DynaFront menawarkan sama ada sebagai produk perisian proprietari atau perkhidmatan terurus, telah dengan jayanya diperluaskan ke pasaran Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Hong Kong.

Kumpulan menawarkan suite rumusan perisian yang lengkap, merangkumi daripada sistem automasi jualan bahagian hadapan hingga individu barisan belakang dan sistem pengurusan hayat kumpulan termasuk PrecentiaCMS untuk sistem automasi jualan bahagian belakang pengurusan hayat kumpulan untuk manfaat kakitangan.


DynaFront turut menawarkan PrecentiaTakaful yang menyokong Wakalah, Mudharabah dan konsep hibrid serta boleh disepadukan ke pelbagai model Takaful.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Chan Eng Lim berkata, pihaknya berbangga dengan fakta bahawa kebanyakan kakitangan pengurusan utama sememangnya berasal dari industri insurans hayat.

“Latar belakang industri kami yang teguh dan pengetahuan domain yang mendalam, diganding pula dengan kepakaran IT kami, merupakan faktor penting bukan sahaja di dalam reka bentuk dan kejuruteraan rumusan perisian kami, tetapi juga menyumbang kepada kejayaan Kumpulan selama ini.” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah, melangkah ke hadapan, Kumpulan akan terus berkembang dan meningkatkan penawaran rumusan dengan mengguna pakai mikroservis berasaskan kejuruteraan untuk menyampaikan perkhidmatan konsisten, berkualiti tinggi dengan keselamatan, boleh diharap dan kelincahan di dalam semua rumusan Dynafront kepada para pelanggan.

“Dengan mengguna pakai kejuruteraan mikroservis ini, kami menjangkakan generasi seterusnya rumusan perisian kami akan menjadi ringan dengan himpunan teknologi moden dan dipacu AI, di dalam usaha kami untuk mewujudkan ekosistem insurans lebih pintar,” ujarnya.

DynaFront juga melangkah masuk ke dalam ruang insurans maya, dengan pasukan penyelidikan dan pembangunan Kumpulan menumpukan kepada pembangunan dan pelaksanaan aplikasi mobil baharu bagi data berkaitan penaja jaminan insurans di dalam peranti boleh pakai (wearable), termasuk peranti pintar secara web yang menggunakan sistem binaan dalaman, seperti pemproses, sensor dan perkakasan komunikasi, bagi tujuan mengumpul, menghantar dan bertindak ke atas data yang diperoleh.

Selain daripada data yang dikumpul daripada persekitaran mereka seperti imbasan suhu dan pengesanan pergerakan kepada jam tangan pintar dan peranti boleh pakai kesihatan.

Eng Lim berkata, penyelarasan masa sebenar dan pemprosesan data antara peranti boleh pakai dan platform mikroservis serta pemantauan kesihatan masa sebenar akan membolehkan syarikat insurans hayat untuk menstrukturkan produk insurans secara lebih disusun khusus dan bersesuaian dengan pemegang polisi.

Di dalam penyenaraian tersebut Hong Leong Investment Bank Berhad merupakan penasihat bertauliah, agen penempatan dan penasihat berterusan bagi proses penyenaraian.

(Visited 69 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button