Bola SepakSukanUncategorized

Selepas Coutinho, Sergino Dest pula bakal dilepaskan Barcelona?

BARCELONA sudahkan pun melepaskan Philippe Coutinho ke kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa secara pinjaman.

Kini gergasi Sepanyol itu dikatakan akan melepaskan beberapa lagi pemain  dengan seorang daripada mereka ialah Sergino Dest.

Ini ekoran kelab Catalan itu masih dibelenggu hutang ratusan juta dan demi menjaga situasi kewangannya beberapa pemain perlu dilepaskan.

Barcelona masih dililit hutang ratusan juta euro. Demi menjaga kondisi keuangan, mau tak mau Barca harus melepas beberapa pemainnya.

Dest, bek sayap kanan asal Amerika Serikat adalah pemain baru. Dia baru saja bergabung dengan Barcelona pada tahun 2020, dibeli dari Ajax.

Dest masih terikat kontrak sampai 2025. Dest juga masih muda, iaitu 21 tahun.

Musim lalu, Dest anatara pemain baharu yang mendapat perhatian  Ronald Koeman dan diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama.

Namun kini, nampaknya Dest tidak masuk dalam perancangan Xavi Hernandez. Maka tidak mustahil Barca akan menjual untuk jendela perpindahan Januari.

Melihat potensi Dest dan usia yang masih muda, Barca percaya Dest mampu  laku di pasaran. Disebut-sebut, Dest akan dilepas mulai dari harga 20 juta Euro.

Barca dikhabarkan akan menawarkan Sergino Dest ke Chelsea. Ini ekopran The Blues berhadapan krisis bek sayap kerana Ben Chilwell cedera sampai akhir musim dan Reece James juga sering keluar masuk bilik rawatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button