Berita

Selepas abang kini adiknya pula meninggal dunia

SELEPAS Muhammad Akil 3, meninggal dunia akibat termakan makanan ringan dicapur racun tikus kini adiknya pula, Muhammad Luth Syauqi 2, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang pada pukul 1.20 tengah hari tadi.

Berita yang agak sedih ini disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kematian mangsa.

‘’Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HPP,” katanya dihubungi oleh Astro Awani.

Sebelum ini media melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi, kritikal selepas termakan makanan ringan yang didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Sebelum itu, Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi Rabu.

Artikle Berkaitan :>

Kanak-kanak makan keropok ada racun tikus meninggal dunia

Selepas makan makanan ringan beracun 2 kanak-kanak kritikal

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button