Politik

Muhyiddin Yassin menang di Pagoh, peroleh undi 24,986

DENGAN undi 24,986 Pengerusi Perikatan Nasional dan juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mengekalkan kerusi tersebut bagi penggal ini.

Keputusan rasmi itu juga menunjukkan Muhyiddin meninggalkan calon Barisan Nasional (BN) Razali Ibrahim yang memperoleh 14,426.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman mendapat 14,979 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di Pagoh pada PRU15 ini ialah 69,939 dengan jumlah undian, 42,618.

Pakatan Harapan 64 kerusi, PN 37, BN 18 kerusi setakat ini menurut laporan tidak rasmi.

Related Articles

Parlimen Gombak ketika ini mengalami black out dan pihak TNB dilaporkan memantau keadaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button