Politik

Ahmad Faizal Azumu disambut dengan sorakan di Glenmarie

CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diberi sorakan setibanya beliau di Ballroom Glenmarie Golf & Country Resort sebentar tadi.

Menurut laporan tidak rasmi, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden parti Bersatu, yang bertanding di kerusi Parlimen Tambun P063 memperoleh 2,652 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperoleh 321 undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Aminuddin Md Hanafiah pula menduduki tangga kedua dengan 1,237 undi.

Setakat ini, pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Tambun ialah 160,558.

Ketika dikerumuni petugas media, Ahmad Faizal sambil santai dan berseloroh berkata, “pergi makan dulu.”- SM

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button