Politik

Selar menteri bodoh: Akmal diminta tunjuk teladan baik

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh diminta menunjukkan teladan sebagai pemimpin muda dan tidak menunjukkan perangai tidak matang termasuk menggelar pemimpin lain dengan gelaran yang buruk.

Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii berkata, Akmal sepatutnya berhujah secara matang atau beri kritikan membina dalam perbincangan mengenai kontroversi stoking dengan kalimah Allah baru-baru ini.

“Sebagai pemimpin muda, ketua Pemuda Umno sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam politik dan tidak menunjukkan sikap tidak matang dengan mencerca walaupun tidak bersetuju dengan tindakan seorang menteri dalam kerajaan.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan tindakan atau kenyataan yang diperkatakan, sebagai seorang pemimpin muda, beliau sepatutnya membawa hujah yang wajar dan matang ke atas meja sama ada untuk menyangkal kenyataan itu atau menambah kritikan membina kepada isu yang dihadapi,” kata Kelvin dalam satu kenyataan.

Kelvin yang juga ahli parlimen Bandar Kuching merujuk kenyataan Akmal di Facebook awal hari ini, yang menafikan kempen boikot yang diperjuangkannya telah memburukkan ekonomi.

Sebaliknya, kata Akmal kemerosotan ekonomi itu disebabkan oleh menteri “bodoh” seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Semalam, Nga pada hantaran di X berkata pekerja tempatan menderita akibat pemboikotan yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan sekali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button