Berita GajetGajetUlasan

Selamat tinggal, iPod: Apple umum berhenti hasilkan model terakhir

iPod touch hanya masih boleh didapati selagi stok masih ada

SALAH satu peranti elektronik paling popular dan ikonik dalam sejarah ditamatkan pengeluarannya hari ini. Apple mengumumkan bahawa ia tidak akan lagi menghasilkan model iPod touch, peranti terakhir yang membawa nama iPod.

Apple berkata anda hanya boleh membeli iPod touch bernilai $199 (Dolar AS) daripada kedainya sehingga semua stok semasa habis dijual. Walau bagaimanapun, masih terdapat halaman kedai atas talian Apple yang masih menjual, tetapi ia tidak mudah ditemui dalam navigasi laman utamanya.

Model iPod touch terakhir yang dihasilkan sebenarnya tidak begitu lama, ia mula diperkenalkan pada tahun 2019 dengan hanya kemaskini yang kecil sahaja, dan Apple sudah lama tidak memperkenalkan model iPod versi baharu sepenuhnya.

Penamatan iPod telah lama diramalkan, tetapi ia bertahan kerana sebahagiannya peranannya sebagai iPhone-lite untuk relevan kegunaan kanak-kanak dan remaja.

Siaran akhbar Apple yang mengumumkan pemberhentian tersebut menjadikan ciri-ciri iPod masih boleh ditemui dalam produk lain seperti iPhone dan iPad.

iPod pertama telah mula diperkenalkan pada tahun 2001, dan barisan produk termasuk banyak variasi selama bertahun-tahun, termasuk Mini, Shuffle, Nano dan banyak lagi. Model yang dihentikan sekarang, iPod touch, pertama kali dilihat pada tahun 2007. Ia merupakan generasi ketujuh iPod touch, yang (berbeza dengan iPod sebelumnya) hampir menyerupai iPhone, hanya tanpa fungsi panggilan selular.

Selamat tinggal iPod. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button