Kuala Lumpur: Pelakon, Eyka Farhana berpendapat bahawa jolokan sebagai artis yang berpakaian seksi itu bersifat subjektif.
Menurutnya, mungkin orang yang mengecam penampilannya itu sudah terbiasa melihat gayanya yang berbeza ketika berlakon.
“Seksi itu subjektif. Kalau nak ikutkan, orang dah tahu dari dulu lagi cara pemakaian saya.
“Ada juga artis lain yang pakai seksi, tapi orang tak nampak pun. Mungkin sebab bila saya menjalani penggambaran, saya pakai pakaian yang lebih tertutup,” katanya.
Menurutnya, apa yang dipakainya setiap hari itu adalah sebahagian daripada fesyen dan pada masa sama, turut menerima dengan terbuka setiap teguran sekiranya ia tidak bersesuaian.
“Jadi, kalau di luar, apabila saya buka sekali, saya pakai crop top atau skirt, benda itu menjadi isu buat orang lain.
“Sebab mungkin mereka dah terbiasa melihat saya berpakaian atau berpenampilan berbeza dalam lakonan.
“Pakaian yang saya pakai itu adalah sebagai fesyen. Seperti yang saya jelaskan, kalau pakaian itu keterlaluan dan tidak sesuai, mungkin saya dah tak pakai dah selepas itu,” katanya.